Sunday, 15 November 2020

KARYA ILHAMKU


ANDAIKU PERGI

 andaiku pergi

namaku jangan kaulupa


andaiku pergi

ilmu yang kusampaikan

jadikan amal jariah


andaiku pergi 

titipkan amalan kebaikan

untukku setiap hari


andaiku pergi 

jangan kau hamburi

dengan dosa-dosa


hanya kupinta

hiasiku dengan

doa-doa sebagai bekalan

di alam barzakh nanti


kerana aku tahu

Allah pasti ada 


BISIKANLAH...

cintaku

Kau satu yang kurindui

setiap saat

namaMu kusebut


sejak ku merinduiMu

aku selalu dibuai mimpi

ingin selalu di sisiMu


bisikanlah,,

padaku aku hanya ada Kamu

bisikanlah...

aku sentiasa ingin mengabdi 

hanya pada Mu


Hati ini tidak pernah kenal jenuh

walau di mana 

bisikanlah...

namaMu sentiasa di benak hati ini

yang sentiasa mensyukuri

bisikanlah..

zikir-zikir terus meniti di bibirku....

Friday, 13 November 2020

ANDAI AKU BISA

andai aku bisa
menelusuri hati nuraniku
 
andai aku bisa 
menjenguk benak jiwaku
 
andai aku bisa
menelan segala bisa 

andai aku bisa 
menghumban segala yang ada 

namun...
itu andai aku bisa
 
kerana aku hanya biasa-biasa 
tiada apa yang bisa
 
andai tiada 
izin dariNya

Thursday, 12 November 2020

 

 

PENGGUNAAN kits ucapbm@ura DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL KALANGAN PELAJAR PPISMP INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA KOTA KINABALU

Khadijah@Aswati Binti Adenan

Institut Pendidikan Kampus Gaya Kota Kinabalu Sabah

khadijahadenan@gmail.com

 

ABSTRAK

 

Kits ucapbm@ura  merupakan alat bahan bantu mengajar  yang  mengandungi 8 bentuk tips pengucapan awam secara visual dipersembahkan yang mudah diguna pakai dan difahami dalam PdPc. Kits ucapbm@ura juga merupakan salah satu elemen merentas kurikulum PdPc Abad ke-21. Kajian ini  bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan  bahan bantu mengajar menggunakan Kits ucapbm@ura di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Kota Kinabalu. Kajian ini menggunakan  sampel teknik bertujuan yang mana permilihan berdasarkan kriteria yang ditetapkan  iaitu dalam kalangan  4 orang pelajar PPISMP TESL semester 2 dalam subjek Bahasa Melayu Kontekstual.  Kajian ini dijalankan menggunakan pemerhatian , temubual dan analisis instrumen penilaian pelaksanaan pensyarah untuk mengenalpasti pelajar-pelajar dapat menggunakan Kits ucapbm@ura bagi memudahkan pelajar memahami pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Melalui dapatan kajian ini, penyelidik memperoleh maklumat tentang penggunaan dan kefahaman pelajar dalam penggunaan Kits ucapbm@ura sebagai bahan bantu mengajar untuk meningkatkan pengucapan awam  serta dapat  meningkatkan penggunaan teknik proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Kata kunci: Pdpc abad 21, Bahasa Melayu Kontekstual, pengajaran visual.

 1.0       PENGENALAN

Pengucapan awam sememangnya sesuatu yang sukar jika kita tidak mengetahui caranya.Sebenarnya bukan semua orang mampu berucap di khalayak ramai dengan baik.Namun, bukan suatu yang mustahil untuk dilakukan jika mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam kemahiran berucap. Dalam inovasi ini , penggunaan aplikasi aurasma yang telah sedia ada digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah sebagai salah satu elemen pendidikan abad ke 21 dengan menggunakan teknologi  yang sedia ada.

Pemilihan bahan pengajaran yang sesuai dengan pengucapan awam dalam  subtopik kemahiran berucap dalam elemen penyampaian bagi meningkatkan keyakinan pelajar semasa berucap di hadapan khalayak dimasukkan dalam gambar-gambar sebagai trigger dan dimuatkan visual yang sesuai untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran iaitu meningkatkan kemahiran berucap melalui tips-tips yang diberikan.

Oleh itu, sebagai tenaga pengajar penggunaan  kit ucapbm@ura dibina agar dapat menyampaikan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan melalui teknik aplikasi aurasma yang dapat menarik perhatian pelajar secara interaktif dan secara visual membolehkan mereka dapat mengaplikasikan cara penyampaian berucap dengan tips-tips yang dapat diaplikasikan oleh pelajar.Diharapkan teknik  ini dapat membantu sesiapa  sahaja sama ada guru, pelajar, atau yang berminat meningkatkan kemahiran berucap melalui kits ucap@ura.

2.0       PENYATAAN MASALAH

Semasa pengkaji mengajar subjek Bahasa Melayu Kontekstual , pengkaji mendapati pelajar-pelajar PPISMP Tesl Semester 2 kurang mahir dalam pengucapan awam khususnya semasa berucap di depan khalayak. Hasil temu bual dan pemerhatian   mendapati bahawa pelajar merasakan kemahiran pengucapan awam ini agak sukar bagi mereka apabila berhadapan dengan khalayak. lebih suka menulis teks berbanding bercakap di hadapan . Pengkaji lebih gemar yang menyediakan bahan bantu mengajar contohnya gambar-gambar , kertas edaran, keratan akhbar dan sebagainya. Walau bagaimanapun kebanyakan bahan yang disediakan hanya akan digunakan untuk satu-satu kemahiran sahaja dan hanya digunakan sekali dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, kekangan masa juga merupakan salah satu faktor atau penyebab pengkaji  kurang menggunakan bahan lain dalam pengajaran. Buku yang dibeli dianggap sebagai bahan paling senang dan mudah untuk digunakan kerana telah menyediakan soalan dan sub topik yang perlu diterapkan kepada pelajar-pelajar.

Penggunaan buku sedia ada di pasaran kerap juga didapati telah menyebabkan pengkaji lebih banyak mengajar menggunakan strategi berpusatkan pensyarah semata-mata. Pelajar-pelajar dilihat hanya membaca buku ,nota atau bahan dan diminta merujuk yang ada dalam buku, nota dan bahan yang disediakan. Strategi pengajaran berpusatkan pelajar kurang diaplikasikan.

Oleh itu, bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat tentang pengajaran pengkaji di bilik kuliah, satu tinjauan awal telah dilaksanakan di dalam kelas PPISMP TESL semester 2.Tinjauan ini melibatkan 4 orang pelajar  di IPGK Gaya. Dapatan temu bual dengan empat orang pelajar tentang penggunaan bahan bantu  dalam pengajaran adalah seperti keratan petikan di bawah:

 

PP1 : Saya fikirkan bahan-bahan yang sedia ada digunakan oleh pensyarah iaitu nota yang diberi tidak dapat menjelaskan cara sebenar dan menarik perhatian dalam pengajaran dan menunjukkan bagaimana memberi ucapan yang baik.

 

BT/R1/P/2018

 

PP2 : Saya merasakan  saya tidak yakin untuk berucap di depan orang ramai kerana saya nda mahir mau bercakap dan takut orang kasi ketawa....

 

BT/R2/L/2018

 

PP3 : Saya rasa gementar memegang mikrofon dan bergegar........tidak saya dapat kawal badan saya jugak...

 

BT/R3/L/2018

 

 

PP4 : biasa saya jadi pengacara majlis tapi masih mau meningkatkan kemahiran berucap depan audien.....

 

BT/R4/P/2018

 

 

Berdasarkan temu bual di atas, didapati bahawa  beberapa faktor yang menjadi masalah untuk pelajar ini mahir dalam  pengucapan awam yang saya hanya khususkan dalam elemen kemahiran menyampai ialah pelajar kurang yakin diri dari segi gerakan bahasa tubuh, pelajar kurang menggunakan nada dan intonasi suara yang sesuai, pelajar kurang bersedia dengan pengetahuan dalam pemilihan menyusun kata-kata, pensyarah juga perlu menyediakan bahan  dan teknik yang sesuai dan kreatif dengan topik yang diajar agar dapat meningkatkan kemahiran berucap pelajar melalui contoh dan latihan secara visual.

Hasil pemerhatian di bilik kuliah  didapati pelajar hanya berpeluang untuk membaca nota powerpoint yang diberikan  berdasarkan bahan  yang disediakan. Suasana bilik kuliah juga kurang interaktif.

Penggunaan strategi berpusatkan pensyarah dalam pengajaran menunjukkan bahawa pensyarah kurang menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik dan sesuai  dalam pengajaran. Pensyarah lebih berfokus kepada bahan powerpoint dan menyampaikan pengajaran dalam bentuk kuliah atau penerangan di hadapan kelas. Aktiviti pelajar kurang dititikberatkan. 

Dapatan kajian  di atas, dapatlah dirumuskan bahawa antara isu atau masalah ialah pelajar tidak yakin dalam kemahiran penyampaian ucapan, pengajaran hanya berfokuskan bahan nota dan powerpoint sebagai alat bantu mengajar, pengajaran berpusatkan pensyarah dan kekangan masa menyebabkan pensyarah tidak berpeluang untuk      mempelbagaikan alat bantu mengajar.

Berdasarkan dapatan di atas, jelaslah bahawa satu bahan bantu mengajar yang boleh dipelbagaikan kegunaannya perlu dihasilkan dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan tersebut perlu lebih luas penggunaannya agar mengurangkan masa pengkaji sendiri untuk menyediakan bahan setiap kali hendak mengajar satu-satu kemahiran.

 

4.0       OBJEKTIF KAJIAN

 

Antara objektif kajian:

a.            Meningkatkan kemahiran berucap dalam elemen penyampaian dalam kalangan pelajar PPISMP TESL semester 2 IPGK Gaya.

b.            Meningkatkan  teknik pengajaran dan pembelajaran menggunakan aplikasi aurasma dalam kemahiran berucap elemen penyampaian sebagai tenaga pengajar PPISMP TESL semester 2 IPGK Gaya.

 

5.0       SOALAN KAJIAN

 

a.            Apakah tahap kemahiran berucap dalam elemen penyampaian dalam kalangan pelajar PPISMP TESL semester 2 IPGK Gaya.

b.            Adakah peningkatan teknik pengajaran dan pembelajaran menggunakan aplikasi aurasma dalam kemahiran berucap elemen penyampaian sebagai tenaga pengajar PPISMP TESL semester 2 IPGK Gaya.

 

6.0       TINJAUAN LITERATUR

 

Kini, transformasi pendidikan di Malaysia dalam pendidikan abad 21 sering menjadi tumpuan. Malaysia tidak akan mencapai taraf maju jika sistem pendidikan kebangsaan tidak melalui perubahan yang sistematik dalam aspek kurikulum,sistem penilaian,pengurusan,pentadbiran dan latihan guru (Kementerian Pendidikan 1998).Justeru perubahan cara melaksanakan pengajaran di dalam kelas perlu berubah yang mana guru mampu menghadapi cabaran perubahan dan kurkulum dan bersedia untuk meningkatkan diri dalam meningkatkan kompetensi professional, kompetensi pedagogi, kompetensi keperibadian dan kompetensi sosial. Menurut Yahya (2010), menyatakan bahawa guru abad 21 akan menghadapi cabaran dalam pendidikan yang berfokuskan pada character building, pendidikan yang sedar pada perubahan iklim, enterpreunal mindset, membangun learning community dan kekuatan bersaing bukan lagi pandai atau bijak tetapi tindakan kreativiti dan kecerdasan.

Justeru, pernyataan (Partnership for 21st Century Skills,2006), pemahaman dan penghayatan pendidikan abad 21 perlu dilihat dari beberapa aspek antaranya ialah kurikulum yang dirancang, ciri-ciri guru abad 21, ciri-ciri murid abad 21 dan teras utama pedagogi abad 21 ini. Menurut Siti Faizzatul Aqmal Mohamad Mohsin & Razali Hassan (2011), mengutarakan bahawa dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru menerusi penggunaan UiCTV dalam meningkatkan kemahiran guru menggunakan teknologi terkini di dalam kelas. Kemahiran ini dapat membantu guru-guru yang terlibat dalam bidang teknologi dan vokasional dalam pendidikan abad 21 yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang kreatif dan inovatif menggunakan teknologi terkini pada abad 21.

Ini juga dapat dilihat dalam anjakan ke-7 untuk transformasi sistem Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) ialah memanfaatkan ICT bagi meningkatkan pembelajaran. Perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dielakkan dengan pengenalan teknologi multimedia dalam bidang pendidikan.Maklumat bertukar dalam mod digiralm dan kurikulum pendidian telah berkembang dengan menggabungkan elemen multimedia dan interaktif untuk membentuk suasasa pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik untuk pelajar dan guru.

Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran abad 21 masih tetap berpusatkan pelajar. Malah perlu dipertingkat mengikut peredaran teknologi terkini.Guru berperanan lebih untuk melibatkan pelajar sepenuhnya secara aktif dalam semua aktiviti sama ada dalam kelas atau luar kelas.Guru berperanan sebagai pemudahcara pembelajaran dan sebagai pembekal maklumat. Guru harus merancang,membina dan mengukuhkan minat pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 

7.0       KAEDAH

 

Pengkaji telah menggunakan kaedah persampelan bertujuan dalam menentukan peserta kajian. Pengkaji juga telah memilih empat orang pelajar dalam kalangan pelajar PPISMP TESL di IPG Kampus Gaya bagi subjek Bahasa Melayu Kontekstual. Saya telah memilih 4 orang pelajar yang kurang mahir dalam kemahiran berucap  dalam kajian ini. Peserta kajian yang telah dikenalpasti ditemubual  serta dirakam audio dan visual. Instrumen kajian yang digunakan dalam proses pengumpulan data ialah temu bual separa berstruktur ,pemerhatian bagi merekod interaksi peserta kajian , dan rakaman audio-visual bagi menganalisis pengucapan awam peserta kajian.

 Kajian ini merupakan kajian tindakan yang mana prosedur kajian tindakan ini mengikut Model Kemmis dan McTargett bermula apabila pengkaji menjalankan refleksi ke atas isu pengajaran dan pembelajaran. Berikutnya, pengkaji telah menyediakan satu pelan strategik untuk mengatasi masalah yang dihadapi peserta kajian.Seterusnya, melaksanakan tindakan yang dicadangkan. Dalam proses pelaksanaan kajian, pengkaji telah melakukan perhatian kemajuan yang ditunjukkan. Keseluruhan prosedur ini disifatkan sebagai gelungan pertama  (Cycle 1).

Memandangkan objektif kajian dapat dicapai pada akhir kajian, pengkaji tidak perlu lagi mengulangi semula prosedur kajian secara menyeluruh yang mana pengkaji terus membuat pelaporan kajian secara menyeluruh.

8.0       DAPATAN KAJIAN

 

Berdasarkan masalah-masalah yang telah dikenal pasti dan  maklum balas pelajar  maka kits ucapbm@ura dibangunkan sebagai kit alat bantu mengajar yang menggabungkan penggunaan bahan maujud dengan aplikasi Aurasma.

Kits ucapbm@ura merupakan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran yang dibangunkan dengan menggunakan aplikasi Aurasma. Pensyarah dan pelajar  boleh menggunakan kit ini melalui janaan telefon bimbit dan gambar atau trigger  yang disediakan dalam Kit Pengajaran ucapbm@ura. Bahan pengajaran dipilih sesuai dengan topik yang diajar iaitu kemahiran berucap dalam elemen penyampaian dan disusun mengikut nombor yang disediakan.

Kit pengajaran yang disediakan mengandungi tajuk-tajuk yang berikut:

No

Bahan ucapbm@ura

1

CERAMAH AGAMA

2

PIDATO

3

DEBAT

4

TIPS PENGUCAPAN AWAM –KURANGKAN FILLERS

5

TIPS PENGUCAPAN AWAM-CARA SENYUM

6

TIPS PENGUCAPAN AWAM –CARA MEMEGANG MIKROFON

7

TIPS PENGACARAAN MAJLIS

8

TIPS PENGUCAPAN AWAM DATUK AZNIL NAWAWI

 

 

 

 

 

 

 

                       

Rajah 1: Bahan kits  ucapbm@ura

Friday, 6 November 2020

RESEPI BERFIKIRAN POSITIF 

BAHAN-BAHAN:

1 CAWAN KEGEMBIRAAN

1 CAWAN KETENANGAN

1 CAWAN BERSANGKA BAIK

1 CAWAN PANCARAN  CERIA

1 CAWAN BERSYUKUR


CARA-CARANYA:

Mula-mula masukkan 1 cawan kegembiraan ,1 cawan ketenangan ke dalam hati.Gaul hingga sebati.Kemudian masukkan 1 cawan bersangka baik dan 1 cawan pancaran ceria kepada orang lain.Gaul sehingga menjadi doh.Akhir sekali, adunkan dengan 1 cawan bersyukur agar segala yang kita fikirkan akan menjadi positif dengan pancaran aura orang lain yang baik-baik terhadap diri kita.

 

RESEPI RAJIN

BAHAN-BAHAN

SAYANGI DIRI
BERFIKIRAN POSITIF
AURA POSITIF
BERSANGKA BAIK
TAWAKAL

CARA-CARANYA:
Mula-mula hendaklah menyayangi diri sendiri dengan mengatakan pada diri Allah sayang saya dan saya mesti sayang Allah. Kemudian masukkan dalam fikiran perkara-perkara yang positif yang ingin dilakukan di awal pagi dengan bersolat dan membaca doa serta hiasi diri dengan aura positif dengan bersangka baik terhadap semua perkara-perkara yang berada di sekeliling kita.Akhir sekali, bertawakallah dan sentiasa ingat bahawa semua kerja itu ialah ibadah.

😎

EJAWIKIT

CARTA EJAWIKIT INI MEMBANTU PELAJAR-PELAJAR UNTUK MEMAHAMI EJAAN JAWI BAHARU

Thursday, 5 November 2020

AMALAN KESANTUNAN BERBAHASA

Amalan Kesantunan Berbahasa dalam kalangan Pelajar Institut Pendidikan Guru di Kota Kinabalu 

Khadijah binti Adenan1 Dr. Hjh Rosmawati Hamzah2 Dr. Norafidah binti Noralidin3 Ain Apainah Yuni4 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Kota Kinabalu Corresponding author: khadijahadenan@gmail.com 
 
ABSTRAK 

Kesantunan berbahasa amat penting diamalkan demi menjaga perpaduan agar terus terpelihara dalalm masyarakat Malaysia. Menurut Awang Sariyan (2007) memberikan definisi sebagai penggunaan bahasa yang baik ,sopan, beradab,memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. Amalan kesantunan berkomunikasi merupakan tuntutan dalam setiap agama agar penggunaan bahasa ini tidak melanggar prinsip etika dan tatacara yang telah digariskan oleh agama,budaya dan masyarakat. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana amalan kesantunan berbahasa dalam kalangan pelajar IPGK Gaya diamalkan ketika berkomunikasi. Sebanyak 118 orang responden dipilih menggunakan borang soal selidik dan 7 orang responden terlibat dalam temu bual. Oleh itu, dalam kajian ini menggunakan teori Brown dan Levinson (1987) sebagai panduan bagi membincangkan dapatan kajian. Dapatan kajian ini, pelajar yang menjadi responden didapati mengamalkan kesantunan berbahasa dalam konteks yang agak formal, walau bagaimanapun dalam konteks yang kurang formal dan dalam keadaan yang mendesak atau terpaksa, mereka akan mengamalkan ketidaksantunan berbahasa dalam komunikasi seharian mereka. Oleh itu, adalah diharapkan agar amalan kesantunan berbahasa ini dapat diamalkan dalam kalangan pelajar IPG yang merupakan bakal guru-guru di sekolah yang akan membentuk generasi akan datang dalam menyantuni insan dalam era dunia digital. 

Kata Kunci: Kesantunan berbahasa, amalan kesantunan, Pelajar IPG

TIPS MODERATOR ATAU PENGACARA DALAM TALIAN

  EPISOD 1 : TIPS MENJADI MODERATOR / PENGACARA DALAM TALIAN BICARA SETERUSNYA... APAKAH BEZA SEBAGAI MODERATOR DAN PENGACARA DALAM TALIAN?