Friday, 6 November 2020

RESEPI BERFIKIRAN POSITIF 

BAHAN-BAHAN:

1 CAWAN KEGEMBIRAAN

1 CAWAN KETENANGAN

1 CAWAN BERSANGKA BAIK

1 CAWAN PANCARAN  CERIA

1 CAWAN BERSYUKUR


CARA-CARANYA:

Mula-mula masukkan 1 cawan kegembiraan ,1 cawan ketenangan ke dalam hati.Gaul hingga sebati.Kemudian masukkan 1 cawan bersangka baik dan 1 cawan pancaran ceria kepada orang lain.Gaul sehingga menjadi doh.Akhir sekali, adunkan dengan 1 cawan bersyukur agar segala yang kita fikirkan akan menjadi positif dengan pancaran aura orang lain yang baik-baik terhadap diri kita.

 

RESEPI RAJIN

BAHAN-BAHAN

SAYANGI DIRI
BERFIKIRAN POSITIF
AURA POSITIF
BERSANGKA BAIK
TAWAKAL

CARA-CARANYA:
Mula-mula hendaklah menyayangi diri sendiri dengan mengatakan pada diri Allah sayang saya dan saya mesti sayang Allah. Kemudian masukkan dalam fikiran perkara-perkara yang positif yang ingin dilakukan di awal pagi dengan bersolat dan membaca doa serta hiasi diri dengan aura positif dengan bersangka baik terhadap semua perkara-perkara yang berada di sekeliling kita.Akhir sekali, bertawakallah dan sentiasa ingat bahawa semua kerja itu ialah ibadah.

😎

EJAWIKIT

CARTA EJAWIKIT INI MEMBANTU PELAJAR-PELAJAR UNTUK MEMAHAMI EJAAN JAWI BAHARU

Thursday, 5 November 2020

AMALAN KESANTUNAN BERBAHASA

Amalan Kesantunan Berbahasa dalam kalangan Pelajar Institut Pendidikan Guru di Kota Kinabalu 

Khadijah binti Adenan1 Dr. Hjh Rosmawati Hamzah2 Dr. Norafidah binti Noralidin3 Ain Apainah Yuni4 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Kota Kinabalu Corresponding author: khadijahadenan@gmail.com 
 
ABSTRAK 

Kesantunan berbahasa amat penting diamalkan demi menjaga perpaduan agar terus terpelihara dalalm masyarakat Malaysia. Menurut Awang Sariyan (2007) memberikan definisi sebagai penggunaan bahasa yang baik ,sopan, beradab,memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. Amalan kesantunan berkomunikasi merupakan tuntutan dalam setiap agama agar penggunaan bahasa ini tidak melanggar prinsip etika dan tatacara yang telah digariskan oleh agama,budaya dan masyarakat. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana amalan kesantunan berbahasa dalam kalangan pelajar IPGK Gaya diamalkan ketika berkomunikasi. Sebanyak 118 orang responden dipilih menggunakan borang soal selidik dan 7 orang responden terlibat dalam temu bual. Oleh itu, dalam kajian ini menggunakan teori Brown dan Levinson (1987) sebagai panduan bagi membincangkan dapatan kajian. Dapatan kajian ini, pelajar yang menjadi responden didapati mengamalkan kesantunan berbahasa dalam konteks yang agak formal, walau bagaimanapun dalam konteks yang kurang formal dan dalam keadaan yang mendesak atau terpaksa, mereka akan mengamalkan ketidaksantunan berbahasa dalam komunikasi seharian mereka. Oleh itu, adalah diharapkan agar amalan kesantunan berbahasa ini dapat diamalkan dalam kalangan pelajar IPG yang merupakan bakal guru-guru di sekolah yang akan membentuk generasi akan datang dalam menyantuni insan dalam era dunia digital. 

Kata Kunci: Kesantunan berbahasa, amalan kesantunan, Pelajar IPG

 

PENGENALAN

 

·      Bertujuan mempertingkatkan  & 

     membudayakan kemahiran berfikir dalam

     kalangan murid menghasilkan murid

     berinovatif melalui modul yang akan

     dibangunkan oleh pihak AIM seperti

     penggunaan alat berfikir

·   Mengandungi lapan peta pemikiran (Proses pemikiran) adalah alat berfikir visual yang memudahkan murid-murid dalam

     memahami konsep, menganalisis masalah

     dan mencari penyelesaian.

·   Setiap satu diwakili oleh satu alat

  pembelajaran visual-verbal dan kedua-

     duanya bergabung sebagai satu set alatan

     yang menunjukkan hubungan.

·     Pengasas : Dr David Hyerle dari Amerika

·     Digunakan merentasi pelbagai mata

     pelajaran dan pelbagai tahap, proses

     pemikiran ini akan menjadi satu cara lazim

     untuk murid, guru dan ibu bapa supaya

     menyelesaikan masalah dan menghasilkan

     idea baru bersama- sama.

·     Pembelajaran sepanjang hayat dapat

     diterapkan dengan alat pemikiran ini,    

     murid akan dilengkapi dengan kemahiran    

     yang tepat bagi menghadapi cabaran abad

     ke-21

Akhirnya , murid dapat menghasilkan pemikiran yang berinovatif dan mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

OLEH ITU, PENGGUNAAN QR CODE INI DIGUNAKAN UNTUK MENDAPAT BAHAN VIDEO YANG SEBENAR BAGI MEMBINA PEMETAAN I THINK YANG BETUL

SILA IMBAS KOD INI.


PETA BUIH


PETA BUIH BERGANDA


PETA POKOK




Teknik USBUHT

 

Ucapan spontan ini ialah yang dibuat tanpa persediaan khusus dan kebiasaannya akan diundang secara tiba-tiba. 
 
Kita akan menghadapi masalah apabila diminta berucap secara spontan terutama di dalam majlis atau acara yang diraikan untuk diri kita. 
 
Oleh itu, bagi mengatasi masalah ucapan secara spontan ini satu teknik telah dibina agar mampu mengatasi masalah berucap secara spontan depan khalayak. 

Selamat mencuba. 

Bahan rujukan ini diperoleh dari utube penceramah Rizal Rashid dan diubahsuai mengikut konteks ucapan spontan

Terima kasih diucapkan kepada penceramah Rizal Rashid atas perkongsian telah memberi ilham untuk saya menggunakan teknik ini dan saya tambahbaik sedikit untuk keperluan pelajar IPG

 
 




Ilham Cikgu Khadijah

 Assalamualaikum...

Salam hormat....

Blog ini telah lama saya impikan, untuk saya berkongsi segala pengalaman sebagai seorang anak,kakak,rakan,guru,isteri dan sebagai seorang ibu.

Saya ingin berkongsi pengalaman sepanjang kehidupan saya dalam beberapa topi yang saya gunakan semasa meniti perjalanan kehidupan ini agar kalian mendapat manafaat dari hasil perkongsian saya dalam bidang yang saya minati.....

Sesungguhnya ilham itu datang pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat kita berada dengan izinNya...

Bahan-bahan yang saya akan muatkan dalam ruangan ini lebih kepada minat saya seperti pendidikan, teknik pengajaran dan pembelajaran,resepi masakan ,fesyen muslimah ,tempat-tempat menarik di negeri Sabah khususnya, fesyen pakaian, dan apa-apa sahaja yang memberi ilham dari sudut kaca mata dan pemikiran saya selama ini.

Dalam masa yang sama...

saya ingin menggunakan ruang ini untuk memartabatkan bahasa Melayu...

agar bahasa ini dapat menyatukan satu titik temu antara pelbagai kaum di negara kita

dalam satu bumbung negara Malaysia....


Moga atas pemilihan nama ILHAM CIKGU KHADIJAH...sebagai  satu platform saya berkongsi ilham dan menjadikan  RUANGAN INI sebagai amal jariah untuk diri saya dan kalian  kelak..

Saya izinkan kalian berkongsi bahan-bahan yang saya ada...

Saya halalkan...kongsilah selagi mendapat manafaat .....

dan....komenlah dalam ruangan ini dengan ayat-ayat yang membina agar dapat saya tambahbaik dari masa ke masa.

Terima kasih saya ucapkan kepada anak saya Muhd Izhar Bin Shahrul Anuar yang telah membantu saya membina blog ini .

ilhamcikgukhadijah..

sumber inspirasiku

TIPS MODERATOR ATAU PENGACARA DALAM TALIAN

  EPISOD 1 : TIPS MENJADI MODERATOR / PENGACARA DALAM TALIAN BICARA SETERUSNYA... APAKAH BEZA SEBAGAI MODERATOR DAN PENGACARA DALAM TALIAN?