HASIL KARYA PELAJAR TESL SK2 /2020
Hasil karya ini ialah karya pelajar-pelajar TESL SK2 2020 untuk diabadikan di dalam blog saya
Terima kasih pelajar-pelajar yang telah menghasilkan karya ini.
HASIL KARYA PELAJAR TESL SK2 /2020
Hasil karya ini ialah karya pelajar-pelajar TESL SK2 2020 untuk diabadikan di dalam blog saya
Terima kasih pelajar-pelajar yang telah menghasilkan karya ini.
TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH
CEMERLANG PELAJAR IPGK GAYA 2020
(dalam talian)
ATURCARA |
TEKS |
CATATAN |
LAGU |
SIDANG
HADIRIN, MAJLIS
DIMULAKAN DENGAN MENYANYIKAN 4 BUAH LAGU: -LAGU
NEGARAKU -LAGU
SABAH TANAH AIRKU -LAGU
IPGM -LAGU
BERSIH ................................................ |
|
UCAPAN PENGACARA MAJLIS |
UCAPAN
ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATUALLAHI WABARAKATUH SALAM
SEJAHTERA.... YANG BERBAHAGIA DR.GERTURUDE JOCK PENGARAH IPGK GAYA KOTA
KINABALU. YANG DIHORMATI DR.ARIS FAZIL HJ UJANG TIMBALAN PENGARAH
IPGK GAYA KOTA KINABALU YANG BERUSAHA TN HJ.MOHD FAUZI HJ ROSLI KETUA JABATAN
KECEMERLANGAN AKADEMIK IPGK GAYA BARISAN
KETUA JABATAN DAN KETUA UNIT, PENSYARAH CEMERLANG, PARA PENSYARAH, PEGAWAI
PENGURUSAN, STAF SOKONGAN DAN PARA PELAJAR YANG DIRAIKAN . SELAMAT
DATANG KE : MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR IPGK GAYA 2020. TERLEBIH
DAHULU MARILAH KITA MENGUCAPKAN SYUKUR ALHAMDULILLAH KERANA DENGAN LIMPAH DAN
KURNIANYA MAKA KITA DAPAT BERSAMA-SAMA DI ALAM MAYA BAGI MERAIKAN KEJAYAAN
PELAJAR-PELAJAR KITA PADA HARI INI. SEMOGA
USAHA KITA SEMUA DIBERKATI ALLAH. INSHA ALLAH |
|
|
BACAAN
DOA BULUH DI
ASAH JALINAN DISEMAT, GUBAHAN
DIOLAH BAWA BERANGKAT, BERSAMA
KITA MEMOHON RAHMAT, MOGA
MAJLIS MENDAPAT BERKAT. HADIRIN
YANG DIMULIAKAN, BAGI
MEMBERKATI MAJLIS KITA PADA HARI YANG PENUH BERMAKNA INI, MARILAH SAMA-SAMA
KITA MENADAH TANGAN MENGAMINKAN BACAAN DOA YANG AKAN DIBACAKAN OLEH: SAUDARA
TUAN MUHAMAD TAQIUDDIN BIN TUAN IBRAHIM..PELAJAR OPSYEN PENDIDIKAN AGAMA
ISLAM DAN MORAL SEM.3 AMBILAN JUN
2019.................................................. MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN. ….………………………….BACAAN DOA……………………………………….. AMIN
AMIN YA RABBAL ALAMIN. MAJLIS
MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH ATAS BACAAN DOA
ITU TADI |
|
UCAPAN PENGERUSI MAJLIS ANUGERAH
CEMERLANG PELAJAR |
UCAPAN
DR.ARIS FAZIL HJ UJANG MAJLIS
DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT YANG BERUSAHA DR. ARIS FAZIL HJ
UJANG TIMBALAN PENGARAH IPGK GAYA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN SELAKU PENGERUSI
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2020 .MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA
MEMPERSILAKAN.... ………………………………………… RIBUAN
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG BERUSAHA DR.
ARIS FAZIL HJ UJANG ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI. |
|
|
UCAPAN
MAJLIS KECEMERLANGAN AKADEMIK MAKAN
NASI DI TEPI BENDANG, BERSAMBAL
TUMIS SEDAP DIMAKAN, DATANGLAH
PUAN KAMI MENGUNDANG, TAMPIL
BERBICARA DENGAN PESANAN. MAJLIS
SETERUSNYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN YANG
BERBAHAGIA DR. GERTURUDE JOCK PENGARAH IPGK GAYA UNTUK MENYAMPAIKAN
UCAPAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2020 IPGK GAYA. ………………………………………………… MAJLIS
MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH
KEPADA DR. GERTURUDE JOCK PENGARAH IPGK GAYA. |
|
PENYAMPAIAN ANUGERAH RUJUK SENARAI NAMA LAMPIRAN PENERIMA
ANUGERAH |
SIDANG HADIRIN SETERUSNYA PENYAMPAIAN
ANUGERAH KEPADA PARA PELAJAR... BERIKUT IALAH ANUGERAH PENCAPAIAN
AKADEMIK 2020 DENGAN MEMPEROLEH PMGT 3.75 DAN KE ATAS 1.PENERIMA ANUGERAH PENCAPAIAN AKADEMIK
BAGI AMBILAN PPISMP SEMESTER 2 AMBILAN JUN 2019 IALAH 2.PENERIMA ANUGERAH PENCAPAIAN AKADEMIK
BAGI AMBILAN PISMP SEMESTER 2 AMBILAN JUN 2019 IALAH 3.PENERIMA ANUGERAH PENCAPAIAN AKADEMIK
BAGI PISMP SEM 4 AMBILAN JUN 2018 IALAH 4.PENERIMA ANUGERAH PENCAPAIAN AKADEMIK
PISMP SEMESTER 8 AMBILAN JUN 2016 IALAH 5.PENERIMA ANUGERAH PDPM TFM(TESL)
AMBILAN JANUARI 2019 IALAH 6.PENERIMA ANUGERAH PDPM(PAKK)AMBILAN NOVEMBER 2018 IALAH |
|
|
SETERUSNYA.. PENERIMA ANUGERAH CEMERLANG PRAKTIKUM
IALAH |
|
|
BERIKUT IALAH ANUGERAH CEMERLANG
INOVASI INTERNATIONAL SUMMIT OF INNOVATION & DESIGN EXPOSITION 2020
UNIVERSITI MALAYA PISMP BM SJKC
SEMESTER 2 AMBILAN JUN 2019 DENGAN MENERIMA ANUGERAH (SILVER) .... |
|
|
SETERUSNYA.. PENERIMA ANUGERAH MIND INOVASI PERINGKAT KEBANGSAAN DENGAN MENERIMA
ANUGERAH GANGSA |
|
|
ANUGERAH SETERUSNYA DALAM PERTANDINGAN
TILAWAH, TAFSIR DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT IPGM 2020 PENERIMA ANUGERAH IALAH |
|
|
PENERIMA ANUGERAH CEMERLANG
KOKURIKULUM: UNIT BERUNIFORM KATEGORI LELAKI IALAH |
|
|
PENERIMA ANUGERAH CEMERLANG
KOKURIKULUM: UNIT BERUNIFORM KATEGORI WANITA IALAH |
|
|
PENERIMA ANUGERAH CEMERLANG
KOKURIKULUM: PERSATUAN KAT(LELAKI) IALAH |
|
|
PENERIMA ANUGERAH CEMERLANG
KOKURIKULUM: PERSATUAN KAT (WANITA) IALAH |
|
|
PENERIMA ANUGERAH CEMERLANG KOKURIKULUM
: SUKAN DAN PERMAINAN (LELAKI) IALAH |
|
|
PENERIMA ANUGERAH CEMERLANG KOKURIKULUM
: SUKAN DAN PERMAINAN (WANITA) IALAH |
|
|
SIDANG HADIRIN BERIKUT IALAH PENERIMA ANUGERAH CEMERLANG KESELURUHAN AKADEMIK
|
|
|
SETERUSNYA PENERIMA ANUGERAH
KESELURUHAN PRAKTIKUM 2020 IALAH |
|
|
BERIKUT KATEGORI ANUGERAH PENGARAH PENERIMA ANUGERAH PENGARAH IALAH |
|
|
HADIRIN
SEKALIAN, KERJASAMA
TUAN-PUAN SANGAT DIHARGAI, TERIMA KASIH
SEKALUNG BUDI, KENANGAN
NAN INDAH SIMPANLAH DI HATI, SEMOGA
KITA BERJUMPA LAGI. MERDU
BERTINGKAH ALUNAN SUARA, KADANG
TAK SEDAR TERSILAP KATA, ANDAI
TERLANJUR PATAH BICARA, SERENDAH
HATI KEMAAFAN DIPINTA. SELESAI
SUDAH MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK IPGK GAYA 2020 PADA KALI INI,
UCAPAN TAHNIAH BUAT PARA PELAJAR YANG TELAH BERJAYA, DIHARAPKAN KECEMERLANGAN
INI AKAN DITERUSKAN LAGI PADA TAHUN YANG AKAN DATANG. SEKIAN
SAHAJA UNTUK KALI INI. MOHON MAAF DARIPADA SAYA SEKIRANYA ADA TERKASAR
BAHASA, TERLANJUR BICARA SEPANJANG MENGENDALIKAN MAJLIS INI. SESUNGGUHNYA
YANG TERBAIK ITU DATANGNYA DARIPADA ALLAH S.W.T DAN YANG TERKURANG ITU
DATANGNYA DARIPADA DIRI SAYA SENDIRI. SEKIAN
TERIMA KASIH. WABILLAHI TAUFIK WAL HIDAYAH ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH. ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR IPGK GAYA 2020 |
|
PISANG EMAS DIBAWA BELAYAR
MASAK SEBIJI DI ATAS PETI
HUTANG EMAS BOLEH DIBAYAR
HUTANG BUDI DIBAWA MATI
JOMMMMMM...LIHAT VIDEO INI
tan...tin...tun
Saya ingin memberi penghargaan kepada sahabat saya Hjh Marina Malek Pensyarah Kanan IPGK Gaya yang telah mencetuskan minda saya untuk membicarakan pantun ini
Dalam kekalutan
detik...
kutempuhi dengan tabah
mewarna hidup sepi
menyinari pada sirna kusam
Covid-19
tiap detik...
mengira hari
saat-saat kemelut
Covid- 19
mengakhiri episod ini...
Covid-19
kusedari....
rupanya setiap detik
ditatapi oleh waktu
menampung lompong
rona-rona hidup
untuk dicukupi
untuk dilengkapi
namun...
aku pasti
ada hikmah
pada tiap detik hidup ini
akan menjadi lebih bermakna
sebagai hambaMu
yang mensyukuri hadiah
yang tak terungkap dengan
kata-kata
ANDAIKU PERGI
andaiku pergi
namaku jangan kaulupa
andaiku pergi
ilmu yang kusampaikan
jadikan amal jariah
andaiku pergi
titipkan amalan kebaikan
untukku setiap hari
andaiku pergi
jangan kau hamburi
dengan dosa-dosa
hanya kupinta
hiasiku dengan
doa-doa sebagai bekalan
di alam barzakh nanti
kerana aku tahu
Allah pasti ada
BISIKANLAH...
cintaku
Kau satu yang kurindui
setiap saat
namaMu kusebut
sejak ku merinduiMu
aku selalu dibuai mimpi
ingin selalu di sisiMu
bisikanlah,,
padaku aku hanya ada Kamu
bisikanlah...
aku sentiasa ingin mengabdi
hanya pada Mu
Hati ini tidak pernah kenal jenuh
walau di mana
bisikanlah...
namaMu sentiasa di benak hati ini
yang sentiasa mensyukuri
bisikanlah..
zikir-zikir terus meniti di bibirku....
PENGGUNAAN
kits ucapbm@ura DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL
KALANGAN PELAJAR PPISMP INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA KOTA KINABALU
Khadijah@Aswati Binti Adenan
Institut Pendidikan Kampus Gaya Kota
Kinabalu Sabah
Kits
ucapbm@ura merupakan alat bahan bantu
mengajar yang mengandungi 8 bentuk tips pengucapan awam
secara visual dipersembahkan yang mudah diguna pakai dan difahami dalam PdPc.
Kits ucapbm@ura juga merupakan salah satu elemen merentas kurikulum PdPc Abad
ke-21. Kajian ini bertujuan untuk
mengenalpasti penggunaan bahan bantu
mengajar menggunakan Kits ucapbm@ura di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Kota Kinabalu. Kajian ini menggunakan sampel teknik bertujuan yang mana permilihan
berdasarkan kriteria yang ditetapkan
iaitu dalam kalangan 4 orang
pelajar PPISMP TESL semester 2 dalam subjek Bahasa Melayu Kontekstual. Kajian ini dijalankan
menggunakan pemerhatian , temubual dan analisis instrumen penilaian pelaksanaan
pensyarah untuk mengenalpasti pelajar-pelajar dapat menggunakan Kits ucapbm@ura
bagi memudahkan pelajar memahami pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Melalui dapatan kajian ini, penyelidik memperoleh maklumat tentang penggunaan
dan kefahaman pelajar dalam penggunaan Kits ucapbm@ura sebagai bahan bantu
mengajar untuk meningkatkan pengucapan awam
serta dapat meningkatkan
penggunaan teknik proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Kata kunci: Pdpc abad 21, Bahasa Melayu
Kontekstual, pengajaran visual.
Pengucapan
awam sememangnya sesuatu yang sukar jika kita tidak mengetahui
caranya.Sebenarnya bukan semua orang mampu berucap di khalayak ramai dengan
baik.Namun, bukan suatu yang mustahil untuk dilakukan jika mempunyai kemahiran
dan pengetahuan dalam kemahiran berucap. Dalam inovasi ini , penggunaan
aplikasi aurasma yang telah sedia ada digunakan untuk pengajaran dan
pembelajaran di bilik kuliah sebagai salah satu elemen pendidikan abad ke 21
dengan menggunakan teknologi yang sedia
ada.
Pemilihan
bahan pengajaran yang sesuai dengan pengucapan awam dalam subtopik kemahiran berucap dalam elemen
penyampaian bagi meningkatkan keyakinan pelajar semasa berucap di hadapan
khalayak dimasukkan dalam gambar-gambar sebagai trigger dan dimuatkan
visual yang sesuai untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran iaitu
meningkatkan kemahiran berucap melalui tips-tips yang diberikan.
Oleh itu, sebagai tenaga pengajar penggunaan kit ucapbm@ura dibina agar dapat menyampaikan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan melalui teknik aplikasi aurasma yang dapat menarik perhatian pelajar secara interaktif dan secara visual membolehkan mereka dapat mengaplikasikan cara penyampaian berucap dengan tips-tips yang dapat diaplikasikan oleh pelajar.Diharapkan teknik ini dapat membantu sesiapa sahaja sama ada guru, pelajar, atau yang berminat meningkatkan kemahiran berucap melalui kits ucap@ura.
Semasa pengkaji mengajar
subjek Bahasa Melayu Kontekstual , pengkaji mendapati pelajar-pelajar PPISMP
Tesl Semester 2 kurang mahir dalam pengucapan awam khususnya semasa berucap di
depan khalayak. Hasil temu bual dan pemerhatian mendapati bahawa pelajar merasakan kemahiran
pengucapan awam ini agak sukar bagi mereka apabila berhadapan dengan khalayak.
lebih suka menulis teks berbanding bercakap di hadapan . Pengkaji lebih gemar
yang menyediakan bahan bantu mengajar contohnya gambar-gambar , kertas edaran,
keratan akhbar dan sebagainya. Walau bagaimanapun kebanyakan bahan yang
disediakan hanya akan digunakan untuk satu-satu kemahiran sahaja dan hanya
digunakan sekali dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, kekangan masa juga
merupakan salah satu faktor atau penyebab pengkaji kurang menggunakan bahan lain dalam
pengajaran. Buku yang dibeli dianggap sebagai bahan paling senang dan mudah
untuk digunakan kerana telah menyediakan soalan dan sub topik yang perlu
diterapkan kepada pelajar-pelajar.
Penggunaan buku sedia ada di
pasaran kerap juga didapati telah menyebabkan pengkaji lebih banyak mengajar
menggunakan strategi berpusatkan pensyarah semata-mata. Pelajar-pelajar dilihat
hanya membaca buku ,nota atau bahan dan diminta merujuk yang ada dalam buku,
nota dan bahan yang disediakan. Strategi pengajaran berpusatkan pelajar kurang
diaplikasikan.
Oleh
itu, bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat tentang pengajaran pengkaji di
bilik kuliah, satu tinjauan awal telah dilaksanakan di dalam kelas PPISMP TESL
semester 2.Tinjauan ini melibatkan 4 orang pelajar di IPGK Gaya. Dapatan temu bual dengan empat
orang pelajar tentang penggunaan bahan bantu
dalam pengajaran adalah seperti keratan petikan di bawah:
PP1 :
Saya fikirkan bahan-bahan yang sedia ada digunakan oleh pensyarah iaitu nota
yang diberi tidak dapat menjelaskan cara sebenar
dan menarik perhatian dalam pengajaran dan menunjukkan bagaimana memberi
ucapan yang baik.
BT/R1/P/2018
PP2
: Saya merasakan saya tidak yakin untuk berucap di depan orang ramai kerana saya
nda mahir mau bercakap dan takut orang kasi ketawa....
BT/R2/L/2018
PP3
: Saya rasa gementar memegang mikrofon dan
bergegar........tidak saya dapat kawal badan saya
jugak...
BT/R3/L/2018
PP4
: biasa saya jadi pengacara majlis tapi masih mau meningkatkan
kemahiran berucap depan audien.....
BT/R4/P/2018
Berdasarkan temu bual
di atas, didapati bahawa beberapa faktor
yang menjadi masalah untuk pelajar ini mahir dalam pengucapan awam yang saya hanya khususkan
dalam elemen kemahiran menyampai ialah pelajar kurang yakin diri dari segi
gerakan bahasa tubuh, pelajar kurang menggunakan nada dan intonasi suara yang
sesuai, pelajar kurang bersedia dengan pengetahuan dalam pemilihan menyusun
kata-kata, pensyarah juga perlu menyediakan bahan dan teknik yang sesuai dan kreatif dengan
topik yang diajar agar dapat meningkatkan kemahiran berucap pelajar melalui
contoh dan latihan secara visual.
Hasil
pemerhatian di bilik kuliah didapati
pelajar hanya berpeluang untuk membaca nota powerpoint yang
diberikan berdasarkan bahan yang disediakan. Suasana bilik kuliah juga
kurang interaktif.
Penggunaan strategi berpusatkan pensyarah dalam pengajaran menunjukkan bahawa pensyarah kurang menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik dan sesuai dalam pengajaran. Pensyarah lebih berfokus kepada bahan powerpoint dan menyampaikan pengajaran dalam bentuk kuliah atau penerangan di hadapan kelas. Aktiviti pelajar kurang dititikberatkan.
Dapatan kajian di atas, dapatlah dirumuskan bahawa antara isu atau masalah ialah pelajar tidak yakin dalam kemahiran penyampaian ucapan, pengajaran hanya berfokuskan bahan nota dan powerpoint sebagai alat bantu mengajar, pengajaran berpusatkan pensyarah dan kekangan masa menyebabkan pensyarah tidak berpeluang untuk mempelbagaikan alat bantu mengajar.
Berdasarkan dapatan di atas, jelaslah bahawa
satu bahan bantu mengajar yang boleh dipelbagaikan kegunaannya perlu dihasilkan
dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan tersebut perlu
lebih luas penggunaannya agar mengurangkan masa pengkaji sendiri untuk
menyediakan bahan setiap kali hendak mengajar satu-satu kemahiran.
Antara objektif kajian:
a.
Meningkatkan kemahiran berucap dalam elemen
penyampaian dalam kalangan pelajar PPISMP TESL semester 2 IPGK Gaya.
b.
Meningkatkan
teknik pengajaran dan pembelajaran menggunakan aplikasi aurasma dalam
kemahiran berucap elemen penyampaian sebagai tenaga pengajar PPISMP TESL
semester 2 IPGK Gaya.
a.
Apakah tahap kemahiran berucap dalam elemen
penyampaian dalam kalangan pelajar PPISMP TESL semester 2 IPGK Gaya.
b.
Adakah peningkatan teknik pengajaran dan
pembelajaran menggunakan aplikasi aurasma dalam kemahiran berucap elemen
penyampaian sebagai tenaga pengajar PPISMP TESL semester 2 IPGK Gaya.
Kini,
transformasi pendidikan di Malaysia dalam pendidikan abad 21 sering menjadi
tumpuan. Malaysia tidak akan mencapai taraf maju jika sistem pendidikan
kebangsaan tidak melalui perubahan yang sistematik dalam aspek kurikulum,sistem
penilaian,pengurusan,pentadbiran dan latihan guru (Kementerian Pendidikan
1998).Justeru perubahan cara melaksanakan pengajaran di dalam kelas perlu
berubah yang mana guru mampu menghadapi cabaran perubahan dan kurkulum dan bersedia
untuk meningkatkan diri dalam meningkatkan kompetensi professional, kompetensi
pedagogi, kompetensi keperibadian dan kompetensi sosial. Menurut Yahya (2010),
menyatakan bahawa guru abad 21 akan menghadapi cabaran dalam pendidikan yang
berfokuskan pada character building, pendidikan yang sedar pada
perubahan iklim, enterpreunal mindset, membangun learning community dan
kekuatan bersaing bukan lagi pandai atau bijak tetapi tindakan kreativiti dan
kecerdasan.
Justeru,
pernyataan (Partnership for 21st Century Skills,2006), pemahaman dan
penghayatan pendidikan abad 21 perlu dilihat dari beberapa aspek antaranya
ialah kurikulum yang dirancang, ciri-ciri guru abad 21, ciri-ciri murid abad 21
dan teras utama pedagogi abad 21 ini. Menurut Siti Faizzatul Aqmal Mohamad
Mohsin & Razali Hassan (2011), mengutarakan bahawa dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dalam kalangan guru menerusi penggunaan UiCTV dalam
meningkatkan kemahiran guru menggunakan teknologi terkini di dalam kelas. Kemahiran
ini dapat membantu guru-guru yang terlibat dalam bidang teknologi dan
vokasional dalam pendidikan abad 21 yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang
kreatif dan inovatif menggunakan teknologi terkini pada abad 21.
Ini
juga dapat dilihat dalam anjakan ke-7 untuk transformasi sistem Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) ialah memanfaatkan ICT bagi
meningkatkan pembelajaran. Perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran tidak
dapat dielakkan dengan pengenalan teknologi multimedia dalam bidang pendidikan.Maklumat
bertukar dalam mod digiralm dan kurikulum pendidian telah berkembang dengan
menggabungkan elemen multimedia dan interaktif untuk membentuk suasasa
pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik untuk pelajar dan guru.
Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran abad 21 masih tetap berpusatkan pelajar. Malah perlu dipertingkat mengikut peredaran teknologi terkini.Guru berperanan lebih untuk melibatkan pelajar sepenuhnya secara aktif dalam semua aktiviti sama ada dalam kelas atau luar kelas.Guru berperanan sebagai pemudahcara pembelajaran dan sebagai pembekal maklumat. Guru harus merancang,membina dan mengukuhkan minat pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Pengkaji
telah menggunakan kaedah persampelan bertujuan dalam menentukan peserta kajian.
Pengkaji juga telah memilih empat orang pelajar dalam kalangan pelajar PPISMP
TESL di IPG Kampus Gaya bagi subjek Bahasa Melayu Kontekstual. Saya telah memilih
4 orang pelajar yang kurang mahir dalam kemahiran berucap dalam kajian ini. Peserta kajian yang telah
dikenalpasti ditemubual serta dirakam
audio dan visual. Instrumen kajian yang digunakan dalam proses pengumpulan data
ialah temu bual separa berstruktur ,pemerhatian bagi merekod interaksi peserta
kajian , dan rakaman audio-visual bagi menganalisis pengucapan awam peserta
kajian.
Kajian ini merupakan kajian tindakan yang mana
prosedur kajian tindakan ini mengikut Model Kemmis dan McTargett bermula
apabila pengkaji menjalankan refleksi ke atas isu pengajaran dan pembelajaran.
Berikutnya, pengkaji telah menyediakan satu pelan strategik untuk mengatasi
masalah yang dihadapi peserta kajian.Seterusnya, melaksanakan tindakan yang
dicadangkan. Dalam proses pelaksanaan kajian, pengkaji telah melakukan
perhatian kemajuan yang ditunjukkan. Keseluruhan prosedur ini disifatkan sebagai
gelungan pertama (Cycle 1).
Memandangkan
objektif kajian dapat dicapai pada akhir kajian, pengkaji tidak perlu lagi
mengulangi semula prosedur kajian secara menyeluruh yang mana pengkaji terus
membuat pelaporan kajian secara menyeluruh.
Berdasarkan masalah-masalah
yang telah dikenal pasti dan maklum
balas pelajar maka kits ucapbm@ura
dibangunkan sebagai kit alat bantu mengajar yang menggabungkan penggunaan bahan
maujud dengan aplikasi Aurasma.
Kits
ucapbm@ura merupakan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran yang dibangunkan
dengan menggunakan aplikasi Aurasma. Pensyarah dan pelajar boleh menggunakan kit ini melalui janaan
telefon bimbit dan gambar atau trigger yang disediakan dalam Kit Pengajaran
ucapbm@ura. Bahan pengajaran dipilih sesuai dengan topik yang diajar iaitu
kemahiran berucap dalam elemen penyampaian dan disusun mengikut nombor yang
disediakan.
Kit
pengajaran yang disediakan mengandungi tajuk-tajuk yang berikut:
No |
Bahan ucapbm@ura |
1 |
CERAMAH AGAMA |
2 |
PIDATO |
3 |
DEBAT |
4 |
TIPS PENGUCAPAN AWAM
–KURANGKAN FILLERS |
5 |
TIPS PENGUCAPAN
AWAM-CARA SENYUM |
6 |
TIPS PENGUCAPAN AWAM
–CARA MEMEGANG MIKROFON |
7 |
TIPS PENGACARAAN
MAJLIS |
8 |
TIPS PENGUCAPAN AWAM
DATUK AZNIL NAWAWI |
Rajah 1: Bahan kits
ucapbm@ura
EPISOD 1 : TIPS MENJADI MODERATOR / PENGACARA DALAM TALIAN BICARA SETERUSNYA... APAKAH BEZA SEBAGAI MODERATOR DAN PENGACARA DALAM TALIAN?