PENGGUNAAN
kits ucapbm@ura DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL
KALANGAN PELAJAR PPISMP INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA KOTA KINABALU
Khadijah@Aswati Binti Adenan
Institut Pendidikan Kampus Gaya Kota
Kinabalu Sabah
khadijahadenan@gmail.com
ABSTRAK
Kits
ucapbm@ura merupakan alat bahan bantu
mengajar yang mengandungi 8 bentuk tips pengucapan awam
secara visual dipersembahkan yang mudah diguna pakai dan difahami dalam PdPc.
Kits ucapbm@ura juga merupakan salah satu elemen merentas kurikulum PdPc Abad
ke-21. Kajian ini bertujuan untuk
mengenalpasti penggunaan bahan bantu
mengajar menggunakan Kits ucapbm@ura di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Kota Kinabalu. Kajian ini menggunakan sampel teknik bertujuan yang mana permilihan
berdasarkan kriteria yang ditetapkan
iaitu dalam kalangan 4 orang
pelajar PPISMP TESL semester 2 dalam subjek Bahasa Melayu Kontekstual. Kajian ini dijalankan
menggunakan pemerhatian , temubual dan analisis instrumen penilaian pelaksanaan
pensyarah untuk mengenalpasti pelajar-pelajar dapat menggunakan Kits ucapbm@ura
bagi memudahkan pelajar memahami pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Melalui dapatan kajian ini, penyelidik memperoleh maklumat tentang penggunaan
dan kefahaman pelajar dalam penggunaan Kits ucapbm@ura sebagai bahan bantu
mengajar untuk meningkatkan pengucapan awam
serta dapat meningkatkan
penggunaan teknik proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Kata kunci: Pdpc abad 21, Bahasa Melayu
Kontekstual, pengajaran visual.
1.0 PENGENALAN
Pengucapan
awam sememangnya sesuatu yang sukar jika kita tidak mengetahui
caranya.Sebenarnya bukan semua orang mampu berucap di khalayak ramai dengan
baik.Namun, bukan suatu yang mustahil untuk dilakukan jika mempunyai kemahiran
dan pengetahuan dalam kemahiran berucap. Dalam inovasi ini , penggunaan
aplikasi aurasma yang telah sedia ada digunakan untuk pengajaran dan
pembelajaran di bilik kuliah sebagai salah satu elemen pendidikan abad ke 21
dengan menggunakan teknologi yang sedia
ada.
Pemilihan
bahan pengajaran yang sesuai dengan pengucapan awam dalam subtopik kemahiran berucap dalam elemen
penyampaian bagi meningkatkan keyakinan pelajar semasa berucap di hadapan
khalayak dimasukkan dalam gambar-gambar sebagai trigger dan dimuatkan
visual yang sesuai untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran iaitu
meningkatkan kemahiran berucap melalui tips-tips yang diberikan.
Oleh
itu, sebagai tenaga pengajar penggunaan
kit ucapbm@ura dibina agar dapat menyampaikan pengajaran dan
pembelajaran secara berkesan melalui teknik aplikasi aurasma yang dapat menarik
perhatian pelajar secara interaktif dan secara visual membolehkan mereka dapat
mengaplikasikan cara penyampaian berucap dengan tips-tips yang dapat
diaplikasikan oleh pelajar.Diharapkan teknik ini dapat membantu sesiapa sahaja sama ada guru, pelajar, atau yang
berminat meningkatkan kemahiran berucap melalui kits ucap@ura.
2.0 PENYATAAN MASALAH
Semasa pengkaji mengajar
subjek Bahasa Melayu Kontekstual , pengkaji mendapati pelajar-pelajar PPISMP
Tesl Semester 2 kurang mahir dalam pengucapan awam khususnya semasa berucap di
depan khalayak. Hasil temu bual dan pemerhatian mendapati bahawa pelajar merasakan kemahiran
pengucapan awam ini agak sukar bagi mereka apabila berhadapan dengan khalayak.
lebih suka menulis teks berbanding bercakap di hadapan . Pengkaji lebih gemar
yang menyediakan bahan bantu mengajar contohnya gambar-gambar , kertas edaran,
keratan akhbar dan sebagainya. Walau bagaimanapun kebanyakan bahan yang
disediakan hanya akan digunakan untuk satu-satu kemahiran sahaja dan hanya
digunakan sekali dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, kekangan masa juga
merupakan salah satu faktor atau penyebab pengkaji kurang menggunakan bahan lain dalam
pengajaran. Buku yang dibeli dianggap sebagai bahan paling senang dan mudah
untuk digunakan kerana telah menyediakan soalan dan sub topik yang perlu
diterapkan kepada pelajar-pelajar.
Penggunaan buku sedia ada di
pasaran kerap juga didapati telah menyebabkan pengkaji lebih banyak mengajar
menggunakan strategi berpusatkan pensyarah semata-mata. Pelajar-pelajar dilihat
hanya membaca buku ,nota atau bahan dan diminta merujuk yang ada dalam buku,
nota dan bahan yang disediakan. Strategi pengajaran berpusatkan pelajar kurang
diaplikasikan.
Oleh
itu, bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat tentang pengajaran pengkaji di
bilik kuliah, satu tinjauan awal telah dilaksanakan di dalam kelas PPISMP TESL
semester 2.Tinjauan ini melibatkan 4 orang pelajar di IPGK Gaya. Dapatan temu bual dengan empat
orang pelajar tentang penggunaan bahan bantu
dalam pengajaran adalah seperti keratan petikan di bawah:
PP1 :
Saya fikirkan bahan-bahan yang sedia ada digunakan oleh pensyarah iaitu nota
yang diberi tidak dapat menjelaskan cara sebenar
dan menarik perhatian dalam pengajaran dan menunjukkan bagaimana memberi
ucapan yang baik.
BT/R1/P/2018
PP2
: Saya merasakan saya tidak yakin untuk berucap di depan orang ramai kerana saya
nda mahir mau bercakap dan takut orang kasi ketawa....
BT/R2/L/2018
PP3
: Saya rasa gementar memegang mikrofon dan
bergegar........tidak saya dapat kawal badan saya
jugak...
BT/R3/L/2018
PP4
: biasa saya jadi pengacara majlis tapi masih mau meningkatkan
kemahiran berucap depan audien.....
BT/R4/P/2018
Berdasarkan temu bual
di atas, didapati bahawa beberapa faktor
yang menjadi masalah untuk pelajar ini mahir dalam pengucapan awam yang saya hanya khususkan
dalam elemen kemahiran menyampai ialah pelajar kurang yakin diri dari segi
gerakan bahasa tubuh, pelajar kurang menggunakan nada dan intonasi suara yang
sesuai, pelajar kurang bersedia dengan pengetahuan dalam pemilihan menyusun
kata-kata, pensyarah juga perlu menyediakan bahan dan teknik yang sesuai dan kreatif dengan
topik yang diajar agar dapat meningkatkan kemahiran berucap pelajar melalui
contoh dan latihan secara visual.
Hasil
pemerhatian di bilik kuliah didapati
pelajar hanya berpeluang untuk membaca nota powerpoint yang
diberikan berdasarkan bahan yang disediakan. Suasana bilik kuliah juga
kurang interaktif.
Penggunaan strategi berpusatkan pensyarah dalam
pengajaran menunjukkan bahawa pensyarah kurang menggunakan bahan bantu mengajar
yang menarik dan sesuai dalam
pengajaran. Pensyarah lebih berfokus kepada bahan powerpoint dan menyampaikan
pengajaran dalam bentuk kuliah atau penerangan di hadapan kelas. Aktiviti
pelajar kurang dititikberatkan.
Dapatan kajian
di atas, dapatlah dirumuskan bahawa antara isu atau masalah ialah pelajar
tidak yakin dalam kemahiran penyampaian ucapan, pengajaran hanya berfokuskan
bahan nota dan powerpoint sebagai alat bantu mengajar, pengajaran
berpusatkan pensyarah dan kekangan masa menyebabkan pensyarah tidak berpeluang
untuk mempelbagaikan alat bantu mengajar.
Berdasarkan dapatan di atas, jelaslah bahawa
satu bahan bantu mengajar yang boleh dipelbagaikan kegunaannya perlu dihasilkan
dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan tersebut perlu
lebih luas penggunaannya agar mengurangkan masa pengkaji sendiri untuk
menyediakan bahan setiap kali hendak mengajar satu-satu kemahiran.
4.0 OBJEKTIF
KAJIAN
Antara objektif kajian:
a.
Meningkatkan kemahiran berucap dalam elemen
penyampaian dalam kalangan pelajar PPISMP TESL semester 2 IPGK Gaya.
b.
Meningkatkan
teknik pengajaran dan pembelajaran menggunakan aplikasi aurasma dalam
kemahiran berucap elemen penyampaian sebagai tenaga pengajar PPISMP TESL
semester 2 IPGK Gaya.
5.0 SOALAN KAJIAN
a.
Apakah tahap kemahiran berucap dalam elemen
penyampaian dalam kalangan pelajar PPISMP TESL semester 2 IPGK Gaya.
b.
Adakah peningkatan teknik pengajaran dan
pembelajaran menggunakan aplikasi aurasma dalam kemahiran berucap elemen
penyampaian sebagai tenaga pengajar PPISMP TESL semester 2 IPGK Gaya.
6.0 TINJAUAN
LITERATUR
Kini,
transformasi pendidikan di Malaysia dalam pendidikan abad 21 sering menjadi
tumpuan. Malaysia tidak akan mencapai taraf maju jika sistem pendidikan
kebangsaan tidak melalui perubahan yang sistematik dalam aspek kurikulum,sistem
penilaian,pengurusan,pentadbiran dan latihan guru (Kementerian Pendidikan
1998).Justeru perubahan cara melaksanakan pengajaran di dalam kelas perlu
berubah yang mana guru mampu menghadapi cabaran perubahan dan kurkulum dan bersedia
untuk meningkatkan diri dalam meningkatkan kompetensi professional, kompetensi
pedagogi, kompetensi keperibadian dan kompetensi sosial. Menurut Yahya (2010),
menyatakan bahawa guru abad 21 akan menghadapi cabaran dalam pendidikan yang
berfokuskan pada character building, pendidikan yang sedar pada
perubahan iklim, enterpreunal mindset, membangun learning community dan
kekuatan bersaing bukan lagi pandai atau bijak tetapi tindakan kreativiti dan
kecerdasan.
Justeru,
pernyataan (Partnership for 21st Century Skills,2006), pemahaman dan
penghayatan pendidikan abad 21 perlu dilihat dari beberapa aspek antaranya
ialah kurikulum yang dirancang, ciri-ciri guru abad 21, ciri-ciri murid abad 21
dan teras utama pedagogi abad 21 ini. Menurut Siti Faizzatul Aqmal Mohamad
Mohsin & Razali Hassan (2011), mengutarakan bahawa dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dalam kalangan guru menerusi penggunaan UiCTV dalam
meningkatkan kemahiran guru menggunakan teknologi terkini di dalam kelas. Kemahiran
ini dapat membantu guru-guru yang terlibat dalam bidang teknologi dan
vokasional dalam pendidikan abad 21 yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang
kreatif dan inovatif menggunakan teknologi terkini pada abad 21.
Ini
juga dapat dilihat dalam anjakan ke-7 untuk transformasi sistem Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) ialah memanfaatkan ICT bagi
meningkatkan pembelajaran. Perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran tidak
dapat dielakkan dengan pengenalan teknologi multimedia dalam bidang pendidikan.Maklumat
bertukar dalam mod digiralm dan kurikulum pendidian telah berkembang dengan
menggabungkan elemen multimedia dan interaktif untuk membentuk suasasa
pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik untuk pelajar dan guru.
Oleh
itu, proses pengajaran dan pembelajaran abad 21 masih tetap berpusatkan
pelajar. Malah perlu dipertingkat mengikut peredaran teknologi terkini.Guru
berperanan lebih untuk melibatkan pelajar sepenuhnya secara aktif dalam semua
aktiviti sama ada dalam kelas atau luar kelas.Guru berperanan sebagai
pemudahcara pembelajaran dan sebagai pembekal maklumat. Guru harus
merancang,membina dan mengukuhkan minat pelajar dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
7.0 KAEDAH
Pengkaji
telah menggunakan kaedah persampelan bertujuan dalam menentukan peserta kajian.
Pengkaji juga telah memilih empat orang pelajar dalam kalangan pelajar PPISMP
TESL di IPG Kampus Gaya bagi subjek Bahasa Melayu Kontekstual. Saya telah memilih
4 orang pelajar yang kurang mahir dalam kemahiran berucap dalam kajian ini. Peserta kajian yang telah
dikenalpasti ditemubual serta dirakam
audio dan visual. Instrumen kajian yang digunakan dalam proses pengumpulan data
ialah temu bual separa berstruktur ,pemerhatian bagi merekod interaksi peserta
kajian , dan rakaman audio-visual bagi menganalisis pengucapan awam peserta
kajian.
Kajian ini merupakan kajian tindakan yang mana
prosedur kajian tindakan ini mengikut Model Kemmis dan McTargett bermula
apabila pengkaji menjalankan refleksi ke atas isu pengajaran dan pembelajaran.
Berikutnya, pengkaji telah menyediakan satu pelan strategik untuk mengatasi
masalah yang dihadapi peserta kajian.Seterusnya, melaksanakan tindakan yang
dicadangkan. Dalam proses pelaksanaan kajian, pengkaji telah melakukan
perhatian kemajuan yang ditunjukkan. Keseluruhan prosedur ini disifatkan sebagai
gelungan pertama (Cycle 1).
Memandangkan
objektif kajian dapat dicapai pada akhir kajian, pengkaji tidak perlu lagi
mengulangi semula prosedur kajian secara menyeluruh yang mana pengkaji terus
membuat pelaporan kajian secara menyeluruh.
8.0 DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan masalah-masalah
yang telah dikenal pasti dan maklum
balas pelajar maka kits ucapbm@ura
dibangunkan sebagai kit alat bantu mengajar yang menggabungkan penggunaan bahan
maujud dengan aplikasi Aurasma.
Kits
ucapbm@ura merupakan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran yang dibangunkan
dengan menggunakan aplikasi Aurasma. Pensyarah dan pelajar boleh menggunakan kit ini melalui janaan
telefon bimbit dan gambar atau trigger yang disediakan dalam Kit Pengajaran
ucapbm@ura. Bahan pengajaran dipilih sesuai dengan topik yang diajar iaitu
kemahiran berucap dalam elemen penyampaian dan disusun mengikut nombor yang
disediakan.
Kit
pengajaran yang disediakan mengandungi tajuk-tajuk yang berikut:
No
|
Bahan ucapbm@ura
|
1
|
CERAMAH AGAMA
|
2
|
PIDATO
|
3
|
DEBAT
|
4
|
TIPS PENGUCAPAN AWAM
–KURANGKAN FILLERS
|
5
|
TIPS PENGUCAPAN
AWAM-CARA SENYUM
|
6
|
TIPS PENGUCAPAN AWAM
–CARA MEMEGANG MIKROFON
|
7
|
TIPS PENGACARAAN
MAJLIS
|
8
|
TIPS PENGUCAPAN AWAM
DATUK AZNIL NAWAWI
|
Rajah 1: Bahan kits
ucapbm@ura