Thursday, 26 November 2020

HIMPUNAN TEKS PENGACARAAN MAJLIS(VERSI IPGK GAYA)

 

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG PELAJAR IPGK GAYA 2020

(dalam talian)

ATURCARA

TEKS

CATATAN

LAGU

 

SIDANG HADIRIN,

MAJLIS DIMULAKAN DENGAN MENYANYIKAN 4 BUAH LAGU:

-LAGU NEGARAKU

-LAGU SABAH TANAH AIRKU

-LAGU IPGM

-LAGU BERSIH

................................................

 

UCAPAN PENGACARA MAJLIS

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATUALLAHI WABARAKATUH

SALAM SEJAHTERA....

 

   YANG BERBAHAGIA DR.GERTURUDE JOCK PENGARAH IPGK GAYA KOTA KINABALU.

 

      YANG DIHORMATI DR.ARIS FAZIL HJ UJANG TIMBALAN PENGARAH IPGK GAYA KOTA KINABALU

 

  YANG BERUSAHA TN HJ.MOHD FAUZI HJ ROSLI KETUA JABATAN KECEMERLANGAN AKADEMIK IPGK GAYA

 

 

BARISAN KETUA JABATAN DAN KETUA UNIT, PENSYARAH CEMERLANG, PARA PENSYARAH, PEGAWAI PENGURUSAN, STAF SOKONGAN DAN PARA PELAJAR YANG DIRAIKAN  .

 

SELAMAT DATANG KE : MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR IPGK GAYA 2020.

 

TERLEBIH DAHULU MARILAH KITA MENGUCAPKAN SYUKUR ALHAMDULILLAH KERANA DENGAN LIMPAH DAN KURNIANYA MAKA KITA DAPAT BERSAMA-SAMA DI ALAM MAYA BAGI MERAIKAN KEJAYAAN PELAJAR-PELAJAR KITA PADA HARI INI.

 

SEMOGA USAHA KITA SEMUA DIBERKATI ALLAH. INSHA ALLAH

 

 

 

 

 

 

 

BACAAN DOA

 

BULUH DI ASAH JALINAN DISEMAT,

GUBAHAN DIOLAH BAWA BERANGKAT,

BERSAMA KITA MEMOHON RAHMAT,

MOGA MAJLIS MENDAPAT BERKAT.

 

 

 

HADIRIN YANG DIMULIAKAN,

BAGI MEMBERKATI MAJLIS KITA PADA HARI YANG PENUH BERMAKNA INI, MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAH TANGAN MENGAMINKAN BACAAN DOA YANG AKAN DIBACAKAN OLEH:

SAUDARA TUAN MUHAMAD TAQIUDDIN BIN TUAN IBRAHIM..PELAJAR OPSYEN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM DAN MORAL SEM.3 AMBILAN JUN 2019.................................................. MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

 

….………………………….BACAAN DOA………………………………………..

 

AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN.

MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH  ATAS BACAAN DOA ITU TADI

 

 

UCAPAN PENGERUSI MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG PELAJAR

UCAPAN DR.ARIS FAZIL HJ UJANG

MAJLIS DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT YANG BERUSAHA DR. ARIS FAZIL HJ UJANG TIMBALAN PENGARAH IPGK GAYA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN SELAKU PENGERUSI MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2020 .MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN....

 

…………………………………………

 

RIBUAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG BERUSAHA  DR. ARIS FAZIL HJ UJANG ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI.

 

 

 

UCAPAN MAJLIS KECEMERLANGAN AKADEMIK

 

MAKAN NASI DI TEPI BENDANG,

BERSAMBAL TUMIS SEDAP DIMAKAN,

DATANGLAH PUAN KAMI MENGUNDANG,

TAMPIL BERBICARA DENGAN PESANAN.

 

MAJLIS SETERUSNYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA DR. GERTURUDE JOCK PENGARAH IPGK GAYA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2020 IPGK GAYA.

 

…………………………………………………

 

MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA DR. GERTURUDE JOCK PENGARAH IPGK GAYA.

 

PENYAMPAIAN ANUGERAH

 

RUJUK SENARAI NAMA LAMPIRAN PENERIMA ANUGERAH

SIDANG HADIRIN SETERUSNYA PENYAMPAIAN ANUGERAH KEPADA PARA PELAJAR...

 

BERIKUT IALAH ANUGERAH PENCAPAIAN AKADEMIK 2020

DENGAN MEMPEROLEH PMGT 3.75 DAN KE ATAS

 

1.PENERIMA ANUGERAH PENCAPAIAN AKADEMIK BAGI AMBILAN PPISMP SEMESTER 2 AMBILAN JUN 2019 IALAH

 

2.PENERIMA ANUGERAH PENCAPAIAN AKADEMIK BAGI AMBILAN PISMP SEMESTER 2 AMBILAN JUN 2019 IALAH

 

3.PENERIMA ANUGERAH PENCAPAIAN AKADEMIK BAGI PISMP SEM 4 AMBILAN JUN 2018 IALAH

 

4.PENERIMA ANUGERAH PENCAPAIAN AKADEMIK PISMP SEMESTER 8 AMBILAN JUN 2016 IALAH

 

5.PENERIMA ANUGERAH PDPM TFM(TESL) AMBILAN JANUARI 2019 IALAH

 

6.PENERIMA ANUGERAH PDPM(PAKK)AMBILAN NOVEMBER 2018 IALAH

 

 

 

SETERUSNYA..

PENERIMA ANUGERAH CEMERLANG PRAKTIKUM IALAH

 

 

 

BERIKUT IALAH ANUGERAH CEMERLANG INOVASI INTERNATIONAL SUMMIT OF INNOVATION & DESIGN EXPOSITION 2020 UNIVERSITI MALAYA  PISMP BM SJKC SEMESTER 2 AMBILAN JUN 2019 DENGAN MENERIMA ANUGERAH (SILVER) ....

 

 

 

SETERUSNYA..

PENERIMA ANUGERAH MIND INOVASI  PERINGKAT KEBANGSAAN DENGAN MENERIMA ANUGERAH GANGSA

 

 

 

ANUGERAH SETERUSNYA DALAM PERTANDINGAN TILAWAH, TAFSIR DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT IPGM 2020

PENERIMA ANUGERAH IALAH

 

 

 

PENERIMA ANUGERAH CEMERLANG KOKURIKULUM:

UNIT BERUNIFORM KATEGORI LELAKI IALAH

 

 

PENERIMA ANUGERAH CEMERLANG KOKURIKULUM:

UNIT BERUNIFORM KATEGORI WANITA IALAH

 

 

PENERIMA ANUGERAH CEMERLANG KOKURIKULUM:

PERSATUAN  KAT(LELAKI) IALAH

 

 

PENERIMA ANUGERAH CEMERLANG KOKURIKULUM:

PERSATUAN KAT (WANITA) IALAH

 

 

PENERIMA ANUGERAH CEMERLANG KOKURIKULUM :

SUKAN DAN PERMAINAN (LELAKI) IALAH

 

 

PENERIMA ANUGERAH CEMERLANG KOKURIKULUM :

SUKAN DAN PERMAINAN (WANITA) IALAH

 

 

SIDANG HADIRIN BERIKUT IALAH PENERIMA

ANUGERAH CEMERLANG KESELURUHAN AKADEMIK

 

 

 

SETERUSNYA PENERIMA ANUGERAH KESELURUHAN PRAKTIKUM 2020 IALAH

 

 

BERIKUT KATEGORI ANUGERAH PENGARAH

 

 PENERIMA ANUGERAH PENGARAH IALAH

 

 

 

HADIRIN SEKALIAN,

 

KERJASAMA TUAN-PUAN SANGAT DIHARGAI,

TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI,

KENANGAN NAN INDAH SIMPANLAH DI HATI,

SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI.

 

MERDU BERTINGKAH ALUNAN SUARA,

KADANG TAK SEDAR TERSILAP KATA,

ANDAI TERLANJUR PATAH BICARA,

SERENDAH HATI KEMAAFAN DIPINTA.

SELESAI SUDAH MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK IPGK GAYA 2020 PADA KALI INI, UCAPAN TAHNIAH BUAT PARA PELAJAR YANG TELAH BERJAYA, DIHARAPKAN KECEMERLANGAN INI AKAN DITERUSKAN LAGI PADA TAHUN YANG AKAN DATANG.

SEKIAN SAHAJA UNTUK KALI INI. MOHON MAAF DARIPADA SAYA SEKIRANYA ADA TERKASAR BAHASA, TERLANJUR BICARA SEPANJANG MENGENDALIKAN MAJLIS INI.

SESUNGGUHNYA YANG TERBAIK ITU DATANGNYA DARIPADA ALLAH S.W.T DAN YANG TERKURANG ITU DATANGNYA DARIPADA DIRI SAYA SENDIRI.

 

SEKIAN TERIMA KASIH.

WABILLAHI TAUFIK WAL HIDAYAH

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR IPGK GAYA 2020

 

 

Sunday, 22 November 2020

TANTINTUN BERSAMA CIKGU KHADIJAH( MARI BERPANTUN)




SORONG PAPAN TARIK PAPAN
BUAH KERANJI DALAM PERAHU
SURUH MAKAN ENGKAU MAKAN
SURUH MENGAJI ENGKAU TAK TAHU





BUAH CEMPEDAK DI LUAR PAGAR
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN
SAYA BUDAK BARU BELAJAR
KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN



 

PISANG EMAS DIBAWA BELAYAR

MASAK SEBIJI DI ATAS PETI

HUTANG EMAS BOLEH DIBAYAR

HUTANG BUDI DIBAWA MATI


JOMMMMMM...LIHAT VIDEO INI


tan...tin...tun

Saya ingin memberi penghargaan kepada sahabat saya Hjh Marina Malek Pensyarah Kanan IPGK Gaya yang telah mencetuskan minda saya untuk membicarakan pantun ini


Sunday, 15 November 2020

COVID-19

                                         

Dalam kekalutan

detik...

kutempuhi dengan tabah

mewarna hidup sepi

menyinari pada sirna kusam


Covid-19

tiap detik...

mengira hari

saat-saat kemelut

Covid- 19

mengakhiri episod ini...


Covid-19

kusedari....

rupanya setiap detik

ditatapi oleh waktu

menampung lompong

rona-rona hidup

untuk dicukupi

untuk dilengkapi


namun...

aku pasti

ada hikmah 

pada tiap detik hidup ini

akan menjadi lebih bermakna

sebagai hambaMu

yang mensyukuri hadiah

yang tak terungkap dengan

kata-kata

KARYA ILHAMKU


ANDAIKU PERGI

 andaiku pergi

namaku jangan kaulupa


andaiku pergi

ilmu yang kusampaikan

jadikan amal jariah


andaiku pergi 

titipkan amalan kebaikan

untukku setiap hari


andaiku pergi 

jangan kau hamburi

dengan dosa-dosa


hanya kupinta

hiasiku dengan

doa-doa sebagai bekalan

di alam barzakh nanti


kerana aku tahu

Allah pasti ada 


BISIKANLAH...

cintaku

Kau satu yang kurindui

setiap saat

namaMu kusebut


sejak ku merinduiMu

aku selalu dibuai mimpi

ingin selalu di sisiMu


bisikanlah,,

padaku aku hanya ada Kamu

bisikanlah...

aku sentiasa ingin mengabdi 

hanya pada Mu


Hati ini tidak pernah kenal jenuh

walau di mana 

bisikanlah...

namaMu sentiasa di benak hati ini

yang sentiasa mensyukuri

bisikanlah..

zikir-zikir terus meniti di bibirku....

Friday, 13 November 2020

ANDAI AKU BISA

andai aku bisa
menelusuri hati nuraniku
 
andai aku bisa 
menjenguk benak jiwaku
 
andai aku bisa
menelan segala bisa 

andai aku bisa 
menghumban segala yang ada 

namun...
itu andai aku bisa
 
kerana aku hanya biasa-biasa 
tiada apa yang bisa
 
andai tiada 
izin dariNya

Thursday, 12 November 2020

 

 

PENGGUNAAN kits ucapbm@ura DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL KALANGAN PELAJAR PPISMP INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA KOTA KINABALU

Khadijah@Aswati Binti Adenan

Institut Pendidikan Kampus Gaya Kota Kinabalu Sabah

khadijahadenan@gmail.com

 

ABSTRAK

 

Kits ucapbm@ura  merupakan alat bahan bantu mengajar  yang  mengandungi 8 bentuk tips pengucapan awam secara visual dipersembahkan yang mudah diguna pakai dan difahami dalam PdPc. Kits ucapbm@ura juga merupakan salah satu elemen merentas kurikulum PdPc Abad ke-21. Kajian ini  bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan  bahan bantu mengajar menggunakan Kits ucapbm@ura di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Kota Kinabalu. Kajian ini menggunakan  sampel teknik bertujuan yang mana permilihan berdasarkan kriteria yang ditetapkan  iaitu dalam kalangan  4 orang pelajar PPISMP TESL semester 2 dalam subjek Bahasa Melayu Kontekstual.  Kajian ini dijalankan menggunakan pemerhatian , temubual dan analisis instrumen penilaian pelaksanaan pensyarah untuk mengenalpasti pelajar-pelajar dapat menggunakan Kits ucapbm@ura bagi memudahkan pelajar memahami pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Melalui dapatan kajian ini, penyelidik memperoleh maklumat tentang penggunaan dan kefahaman pelajar dalam penggunaan Kits ucapbm@ura sebagai bahan bantu mengajar untuk meningkatkan pengucapan awam  serta dapat  meningkatkan penggunaan teknik proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Kata kunci: Pdpc abad 21, Bahasa Melayu Kontekstual, pengajaran visual.

 1.0       PENGENALAN

Pengucapan awam sememangnya sesuatu yang sukar jika kita tidak mengetahui caranya.Sebenarnya bukan semua orang mampu berucap di khalayak ramai dengan baik.Namun, bukan suatu yang mustahil untuk dilakukan jika mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam kemahiran berucap. Dalam inovasi ini , penggunaan aplikasi aurasma yang telah sedia ada digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah sebagai salah satu elemen pendidikan abad ke 21 dengan menggunakan teknologi  yang sedia ada.

Pemilihan bahan pengajaran yang sesuai dengan pengucapan awam dalam  subtopik kemahiran berucap dalam elemen penyampaian bagi meningkatkan keyakinan pelajar semasa berucap di hadapan khalayak dimasukkan dalam gambar-gambar sebagai trigger dan dimuatkan visual yang sesuai untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran iaitu meningkatkan kemahiran berucap melalui tips-tips yang diberikan.

Oleh itu, sebagai tenaga pengajar penggunaan  kit ucapbm@ura dibina agar dapat menyampaikan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan melalui teknik aplikasi aurasma yang dapat menarik perhatian pelajar secara interaktif dan secara visual membolehkan mereka dapat mengaplikasikan cara penyampaian berucap dengan tips-tips yang dapat diaplikasikan oleh pelajar.Diharapkan teknik  ini dapat membantu sesiapa  sahaja sama ada guru, pelajar, atau yang berminat meningkatkan kemahiran berucap melalui kits ucap@ura.

2.0       PENYATAAN MASALAH

Semasa pengkaji mengajar subjek Bahasa Melayu Kontekstual , pengkaji mendapati pelajar-pelajar PPISMP Tesl Semester 2 kurang mahir dalam pengucapan awam khususnya semasa berucap di depan khalayak. Hasil temu bual dan pemerhatian   mendapati bahawa pelajar merasakan kemahiran pengucapan awam ini agak sukar bagi mereka apabila berhadapan dengan khalayak. lebih suka menulis teks berbanding bercakap di hadapan . Pengkaji lebih gemar yang menyediakan bahan bantu mengajar contohnya gambar-gambar , kertas edaran, keratan akhbar dan sebagainya. Walau bagaimanapun kebanyakan bahan yang disediakan hanya akan digunakan untuk satu-satu kemahiran sahaja dan hanya digunakan sekali dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, kekangan masa juga merupakan salah satu faktor atau penyebab pengkaji  kurang menggunakan bahan lain dalam pengajaran. Buku yang dibeli dianggap sebagai bahan paling senang dan mudah untuk digunakan kerana telah menyediakan soalan dan sub topik yang perlu diterapkan kepada pelajar-pelajar.

Penggunaan buku sedia ada di pasaran kerap juga didapati telah menyebabkan pengkaji lebih banyak mengajar menggunakan strategi berpusatkan pensyarah semata-mata. Pelajar-pelajar dilihat hanya membaca buku ,nota atau bahan dan diminta merujuk yang ada dalam buku, nota dan bahan yang disediakan. Strategi pengajaran berpusatkan pelajar kurang diaplikasikan.

Oleh itu, bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat tentang pengajaran pengkaji di bilik kuliah, satu tinjauan awal telah dilaksanakan di dalam kelas PPISMP TESL semester 2.Tinjauan ini melibatkan 4 orang pelajar  di IPGK Gaya. Dapatan temu bual dengan empat orang pelajar tentang penggunaan bahan bantu  dalam pengajaran adalah seperti keratan petikan di bawah:

 

PP1 : Saya fikirkan bahan-bahan yang sedia ada digunakan oleh pensyarah iaitu nota yang diberi tidak dapat menjelaskan cara sebenar dan menarik perhatian dalam pengajaran dan menunjukkan bagaimana memberi ucapan yang baik.

 

BT/R1/P/2018

 

PP2 : Saya merasakan  saya tidak yakin untuk berucap di depan orang ramai kerana saya nda mahir mau bercakap dan takut orang kasi ketawa....

 

BT/R2/L/2018

 

PP3 : Saya rasa gementar memegang mikrofon dan bergegar........tidak saya dapat kawal badan saya jugak...

 

BT/R3/L/2018

 

 

PP4 : biasa saya jadi pengacara majlis tapi masih mau meningkatkan kemahiran berucap depan audien.....

 

BT/R4/P/2018

 

 

Berdasarkan temu bual di atas, didapati bahawa  beberapa faktor yang menjadi masalah untuk pelajar ini mahir dalam  pengucapan awam yang saya hanya khususkan dalam elemen kemahiran menyampai ialah pelajar kurang yakin diri dari segi gerakan bahasa tubuh, pelajar kurang menggunakan nada dan intonasi suara yang sesuai, pelajar kurang bersedia dengan pengetahuan dalam pemilihan menyusun kata-kata, pensyarah juga perlu menyediakan bahan  dan teknik yang sesuai dan kreatif dengan topik yang diajar agar dapat meningkatkan kemahiran berucap pelajar melalui contoh dan latihan secara visual.

Hasil pemerhatian di bilik kuliah  didapati pelajar hanya berpeluang untuk membaca nota powerpoint yang diberikan  berdasarkan bahan  yang disediakan. Suasana bilik kuliah juga kurang interaktif.

Penggunaan strategi berpusatkan pensyarah dalam pengajaran menunjukkan bahawa pensyarah kurang menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik dan sesuai  dalam pengajaran. Pensyarah lebih berfokus kepada bahan powerpoint dan menyampaikan pengajaran dalam bentuk kuliah atau penerangan di hadapan kelas. Aktiviti pelajar kurang dititikberatkan. 

Dapatan kajian  di atas, dapatlah dirumuskan bahawa antara isu atau masalah ialah pelajar tidak yakin dalam kemahiran penyampaian ucapan, pengajaran hanya berfokuskan bahan nota dan powerpoint sebagai alat bantu mengajar, pengajaran berpusatkan pensyarah dan kekangan masa menyebabkan pensyarah tidak berpeluang untuk      mempelbagaikan alat bantu mengajar.

Berdasarkan dapatan di atas, jelaslah bahawa satu bahan bantu mengajar yang boleh dipelbagaikan kegunaannya perlu dihasilkan dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan tersebut perlu lebih luas penggunaannya agar mengurangkan masa pengkaji sendiri untuk menyediakan bahan setiap kali hendak mengajar satu-satu kemahiran.

 

4.0       OBJEKTIF KAJIAN

 

Antara objektif kajian:

a.            Meningkatkan kemahiran berucap dalam elemen penyampaian dalam kalangan pelajar PPISMP TESL semester 2 IPGK Gaya.

b.            Meningkatkan  teknik pengajaran dan pembelajaran menggunakan aplikasi aurasma dalam kemahiran berucap elemen penyampaian sebagai tenaga pengajar PPISMP TESL semester 2 IPGK Gaya.

 

5.0       SOALAN KAJIAN

 

a.            Apakah tahap kemahiran berucap dalam elemen penyampaian dalam kalangan pelajar PPISMP TESL semester 2 IPGK Gaya.

b.            Adakah peningkatan teknik pengajaran dan pembelajaran menggunakan aplikasi aurasma dalam kemahiran berucap elemen penyampaian sebagai tenaga pengajar PPISMP TESL semester 2 IPGK Gaya.

 

6.0       TINJAUAN LITERATUR

 

Kini, transformasi pendidikan di Malaysia dalam pendidikan abad 21 sering menjadi tumpuan. Malaysia tidak akan mencapai taraf maju jika sistem pendidikan kebangsaan tidak melalui perubahan yang sistematik dalam aspek kurikulum,sistem penilaian,pengurusan,pentadbiran dan latihan guru (Kementerian Pendidikan 1998).Justeru perubahan cara melaksanakan pengajaran di dalam kelas perlu berubah yang mana guru mampu menghadapi cabaran perubahan dan kurkulum dan bersedia untuk meningkatkan diri dalam meningkatkan kompetensi professional, kompetensi pedagogi, kompetensi keperibadian dan kompetensi sosial. Menurut Yahya (2010), menyatakan bahawa guru abad 21 akan menghadapi cabaran dalam pendidikan yang berfokuskan pada character building, pendidikan yang sedar pada perubahan iklim, enterpreunal mindset, membangun learning community dan kekuatan bersaing bukan lagi pandai atau bijak tetapi tindakan kreativiti dan kecerdasan.

Justeru, pernyataan (Partnership for 21st Century Skills,2006), pemahaman dan penghayatan pendidikan abad 21 perlu dilihat dari beberapa aspek antaranya ialah kurikulum yang dirancang, ciri-ciri guru abad 21, ciri-ciri murid abad 21 dan teras utama pedagogi abad 21 ini. Menurut Siti Faizzatul Aqmal Mohamad Mohsin & Razali Hassan (2011), mengutarakan bahawa dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru menerusi penggunaan UiCTV dalam meningkatkan kemahiran guru menggunakan teknologi terkini di dalam kelas. Kemahiran ini dapat membantu guru-guru yang terlibat dalam bidang teknologi dan vokasional dalam pendidikan abad 21 yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang kreatif dan inovatif menggunakan teknologi terkini pada abad 21.

Ini juga dapat dilihat dalam anjakan ke-7 untuk transformasi sistem Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) ialah memanfaatkan ICT bagi meningkatkan pembelajaran. Perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dielakkan dengan pengenalan teknologi multimedia dalam bidang pendidikan.Maklumat bertukar dalam mod digiralm dan kurikulum pendidian telah berkembang dengan menggabungkan elemen multimedia dan interaktif untuk membentuk suasasa pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik untuk pelajar dan guru.

Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran abad 21 masih tetap berpusatkan pelajar. Malah perlu dipertingkat mengikut peredaran teknologi terkini.Guru berperanan lebih untuk melibatkan pelajar sepenuhnya secara aktif dalam semua aktiviti sama ada dalam kelas atau luar kelas.Guru berperanan sebagai pemudahcara pembelajaran dan sebagai pembekal maklumat. Guru harus merancang,membina dan mengukuhkan minat pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 

7.0       KAEDAH

 

Pengkaji telah menggunakan kaedah persampelan bertujuan dalam menentukan peserta kajian. Pengkaji juga telah memilih empat orang pelajar dalam kalangan pelajar PPISMP TESL di IPG Kampus Gaya bagi subjek Bahasa Melayu Kontekstual. Saya telah memilih 4 orang pelajar yang kurang mahir dalam kemahiran berucap  dalam kajian ini. Peserta kajian yang telah dikenalpasti ditemubual  serta dirakam audio dan visual. Instrumen kajian yang digunakan dalam proses pengumpulan data ialah temu bual separa berstruktur ,pemerhatian bagi merekod interaksi peserta kajian , dan rakaman audio-visual bagi menganalisis pengucapan awam peserta kajian.

 Kajian ini merupakan kajian tindakan yang mana prosedur kajian tindakan ini mengikut Model Kemmis dan McTargett bermula apabila pengkaji menjalankan refleksi ke atas isu pengajaran dan pembelajaran. Berikutnya, pengkaji telah menyediakan satu pelan strategik untuk mengatasi masalah yang dihadapi peserta kajian.Seterusnya, melaksanakan tindakan yang dicadangkan. Dalam proses pelaksanaan kajian, pengkaji telah melakukan perhatian kemajuan yang ditunjukkan. Keseluruhan prosedur ini disifatkan sebagai gelungan pertama  (Cycle 1).

Memandangkan objektif kajian dapat dicapai pada akhir kajian, pengkaji tidak perlu lagi mengulangi semula prosedur kajian secara menyeluruh yang mana pengkaji terus membuat pelaporan kajian secara menyeluruh.

8.0       DAPATAN KAJIAN

 

Berdasarkan masalah-masalah yang telah dikenal pasti dan  maklum balas pelajar  maka kits ucapbm@ura dibangunkan sebagai kit alat bantu mengajar yang menggabungkan penggunaan bahan maujud dengan aplikasi Aurasma.

Kits ucapbm@ura merupakan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran yang dibangunkan dengan menggunakan aplikasi Aurasma. Pensyarah dan pelajar  boleh menggunakan kit ini melalui janaan telefon bimbit dan gambar atau trigger  yang disediakan dalam Kit Pengajaran ucapbm@ura. Bahan pengajaran dipilih sesuai dengan topik yang diajar iaitu kemahiran berucap dalam elemen penyampaian dan disusun mengikut nombor yang disediakan.

Kit pengajaran yang disediakan mengandungi tajuk-tajuk yang berikut:

No

Bahan ucapbm@ura

1

CERAMAH AGAMA

2

PIDATO

3

DEBAT

4

TIPS PENGUCAPAN AWAM –KURANGKAN FILLERS

5

TIPS PENGUCAPAN AWAM-CARA SENYUM

6

TIPS PENGUCAPAN AWAM –CARA MEMEGANG MIKROFON

7

TIPS PENGACARAAN MAJLIS

8

TIPS PENGUCAPAN AWAM DATUK AZNIL NAWAWI

 

 

 

 

 

 

 

                       

Rajah 1: Bahan kits  ucapbm@ura

TIPS MODERATOR ATAU PENGACARA DALAM TALIAN

  EPISOD 1 : TIPS MENJADI MODERATOR / PENGACARA DALAM TALIAN BICARA SETERUSNYA... APAKAH BEZA SEBAGAI MODERATOR DAN PENGACARA DALAM TALIAN?